MENGENAI KAMI
Kilang perusahaan Hajji Bakery telah diasaskan pada 2019 dengan keluasan 6000 kaki persegi untuk penghasilan dan pembekalan produk bakeri seperti roti, kek dan biskut untuk segmen B2B mahupun pengusaha – pengusaha persendirian bagi memenuhi permintaan pasaran.
Kilang Hajji Bakery adalah berstatus GMP (Good Manufacturing Practice) dan mampu untuk memenuhi permintaan pasaran dalam dan luar negara.
Fokus kami adalah untuk menjadi peneraju industri bakeri halal di peringkat global samada menerusi produk kami sendiri atau sebagai pembekal.
HALAL JAKIM & HACCP
Hajji Bakery mendapat pengiktirafan dan pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus bersaing sebagai salah sebuah jenama bakeri halal di peringkat global.